Wednesday, July 4, 2012

Buka Buku Baru

assalamualaikum pembaca tegar :))
sempena hari mulia ni , aku pasangkan niat untuk menjadi hambaNya yang lebih solehah , walau aku tahu banyak halangan dan dugaan dunia yang bakal hadir dalam hidup ni . aku wanita akhir zaman mahukan kesempurnaan hidup sama seperti wanita2 lain , mudah terpengaruh dengan bisikan2 syaitan , ditambah pula dengan kemodenan masa kini . aku akui aku wanita akhir zaman yang lemah . dan hanya padaNya aku mohon diberi kekuatan untuk menjadi seorang wanita akhir zaman yang melabuhkan sujudku kepadaNya dan moga JANNAH itu jua menjadi tempat tinggalku di akhirat kelak . amin . tidak perlu sarungkan jubah ditubuh atau memakai niqab diwajah untuk menjadi wanita yang solehah tapi cukup dengan menutup aurat berlandaskan perintahNya .

entry kali ni aku sertakan dengan batasan2 aurat wanita :)

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

 Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

(sumber, http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html)

No comments:

Post a Comment