Friday, December 28, 2012

Assalamualaikum , entry kali ni kite berjiwang sikit ea . aku nak story la sikit pasal boipren aku ni , walaupun dia ad kelemahan n kekurangan , dia still boleh buat aku bahagia bila bersama dia hehehe . aku percaya korunk pun rasa benda yang sama dengan boipren korunk kan3x :P lelaki ni , bila kite tengok dari luaran , nampak tegas aje kan tapi sebenarnya dorang ni sgt2 lah caring (kadang2 merimaskan) KOT . . . hahaha . cuba korunk review balik bila kite merajuk , si boipren tentu akan bagi something atau pun buat kejutan untuk kite dengan harapan yang kite tak merajuk lagi ;)boipren kite suke manja2kan kite tol x ? time dating , bila kite berkenan kat something tu , si boipren akan cuba tunaikan kemahuan kite walaupun benda yang kite nak tu mahal tapi janganlah kite demand yang melampau2 pulak . tiap kali aku berkenan something , dia akan offer diri bayarkan , aku tak suke nak guna duet dia sebab aku tak nak terhutang budi sebab tu aku selalu tolak offer dia hehehe . yang paling aku tak boleh lupe , tiap kali aku bersedih pasal result exam yang tak memberangsangkan n dugaan yang menimpa aku dalam sehari2 , dia lah orang kedua yang bagi semangat dan nasihat selepas ibu ayah aku . dia selalu kata "b percaya yang baby boleh buat , baby boleh buat lebih baik lagi sayang" huwaaa terharunya aku tiap kali dia cakap cmtuh ;( mesti boipren korunk pun macam tu jgk , betol kan ? kalau korunk satu tempat belajar dengan boipren korunk , lagi lah best kn , call je si boipren cakap lapar , konfem si boipren berlari belikan korunk makanan , ecececeh sweet lettew hehehe , ni akk sedara aku yang cakap sebab dia selalu dapat makanan delivery , aku tak pernah alami lagi sebab aku dengan cik boipren aku jauh . time kite sakit pun , si boipren dengan tidak semena2 jadi doktor peribadi kite huhuhu , bahagiakan dengan layanan si boipren yang sentiasa menghargai kite :)) so korunk janganlah set dekat kepala otak korunk yang lelaki semuanye tak reti menghargai kite . done ! to cik boipren aku , i love you more n more . kbai ! salam !

Monday, December 17, 2012

We're Siblings

16/12/2012 , pagi2 lagi aku da da bangun bersiap sbb nak pegi family gathering kat TTDI , rmh makteh :) lame da xberkumpul ramai2 , sampai2 je dorang da start potong2 sayur siang udang ikan ayam tuk masak tomyam and paprik . pehhhh sedap tuh , walaupun terliur aku dibuatnye , diet tetap diteruskan hahaha . then , aku berkumpul dgn sepupu rapat aku , borak2 , gosip2 . kitorng sure la borak pasal kahwin . haaa nmpk x kegatalanye tu . hehehe . ala gentle la . umur da 20,21,23 normal la klau borak psl kahwin :P hurmm skjp je mse berlalu , time kecik2 dulu kitorang slalu je bt masalah hahaha , nakal jgk la kitorng time tu . dari kecik lg kitorng da berkongsi cerita hidup msing2 , yela smua tinggal jauh2 , time raya aje jmpe . sekarang msing2 da dewasa , msing2 da matang , yang penting skali msing2 da cun !!! ;) moge2 hubungan persaudaraan ni kekal abadi selamanye , insyallah .

Friday, September 7, 2012

Date lagi :))

tersengih2 ingatkan pasal semalam . lepas kelas terus pergi mc(melaka central) dgn classmate , hubby datang dgn kawan2 dy dr kl tp dorang yg sampai mc dulu . first tu hubby ajak mkn rmai2 , yg tak bestnye makanan kat restoran tu xsodap ! then kitorang g dataran pahlawan , cari mask tuk dinner bankers nanti . pastu tengok wayang cite hantu ape ntah , tak syok lah . nasib baik hubby ad kat sisi . hihihihi . hubby belikan teddy bear , hadiah pertama dari hubby . aku namakan teddy bear tu DEMOK huhuhu sebab bear tu omel sangat ! thanks kat classmate sebab bagi kitorang ruang tuk lepas windu . :))
ni lah DEMOK kite . pengganti bantal ucuk kite , masyam la dia lps ni :)

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya :))

assalamualaikum , raya . raya . raya . rumah terbuka sana sini , orang buat kenduri kahwin lagi , perut un makin mengembang , achanner tu . huhuhu . cuti raya dah nak habis , xsyoknye naik2 cuti dah kena submit assignment la , final exam un dh dekat . bunchit aku tu cuti dua minggu , best la dapat beraya sakan . tak aci ! nak cuti lagi !!! :"( (xpela lagi bape minggu je nak cuti sem !) . korunk2x , family aku buat rumah terbuka masa tiga syawal hari tu , khas untuk kaum kerabat kitorang aje , aku dah lame plan nak kenalkan bunchit aku dengan ayah n ibu . so tu la mase yang sesuai . aku un ajaklah dia datang rumah , huhuhu . aku tau dia nervous , aku un nervous jgk , tp alhamdulilah family aku ok je tegur2 dia , bkn ape , aku just nak family aku tahu dengan sape aku berkawan , kenal . aku un dapat kenal sepupu2 dia coz time tu dia dtg skali dengan sepupu2 dia . dia first guy yang aku kenalkan dekat family aku . harap2 hubungan ni akan jadi lebih2 serius akan datang . aku xpernah ketepikan pelajaran aku pun :)) (p/s:utk yg ske mengata hubungan aku tu)
selamat hari raya :)) duit raya , duit raya lai3x

Saturday, August 18, 2012

Assalamualaikum semua , selamat hari raya !!! mcm ne persiapan raya korunk ? dah settle ke ? penat nye hari ni tolong masak rendang ayam , daging sambal bali , nasi impit dgn periuk kera . sedap wooo . nyum3x . sekarang ni adik2 sibuk main bunga api sambil dengar lagu2 raya , raya kali ni memang best la , macam2 jenis kuih ade , kuih dahlia un ade , dapnyehhhh ! n aku dpt hadiah daripada ayah :)) mekasih ayah ! nak tau ape hadiah tu ? jeng...jeng...jeng...
Galaxy S2 yang ku idam2kan :))
comelkan , hehehehe lastly , aku ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin . moga hari raya tahun ni beri 1001 makna kat korunk . papai . adios

Monday, July 30, 2012

Running Man Terbaik !

assalamualaikum :') korunk sihat tak ? puasa jangan skip oke ! hihihi . tetiba aku bersemangat nak wat entry time bulan puasa ni , nak tahu sebab pe ? sebab .... blog aku dah bertukar , transformer gitu !!! wahahaha . warna merah jambu kat background ni buat aku bersemangat nak update hari2 hahaha . act main point nye aku nak citer pasal korean tv show yang makin1000x popular sekarang , RUNNING MAN lah , ape lagi kan , memang terbaik wa cakap sama lu ! :D rajin adik aku download , rajin lagi la aku tengok citer tu hari2 . citer ni boleh buat korunk gelak berguling2 , lau tak caye tengok lah ! huhuhu . sape2 yang asik stress je tu memang aku syorkan tengok running man ni . mesti hilang stress korunk . lai2 aku introduce 9 ahli running man tapi episod yang aku tengok sekarang cuma tinggal 7 ahli :)
I'M KWANG SOO LOVER :P eh2 silap pulak , i'm running man lover . lai2 kita tengok running man ramai2 http://www.dramacrazy.net/korean-variety/running-man/ :)) papai .

Sunday, July 15, 2012

Kejayaan dari sebuah Kegagalan . yihaaaaa !

Assalamualaikum semua :')

hari ni nak story sikit pasal aku punye jpj test 11/7 hari tu . hehehe .  alhamdulilah berkat dorongan n doa dari family , cikgu (kelas memandu ) n future hubby , dapat jugak aku pegang lesen ni ! payah sgt la nak dapatkan lesen ni , aku sampai dah give up nak amek test lagi , tapi sebab fikirkan duit yang dh banyak habis , aku pegi jugak untuk kali yang ke tetttt (rahsia) huhuhu . aku bukan nye takot dengan pegawai jpj tu , dorang ok je cuma muka tu mahal dengan senyuman :)) aku pun xtahu apesal aku gabra sgt bila test . 11hrbln tu syukur sangat , aku diuji oleh abang jpj yang kacak lagi bergaya , peramah sungguh abang tu , sepanjang jalan kitorang bersembang je . yang puas hati sgt tu , aku dapat markah lagi tinggi dari yang pratest punye . yihaaaaa ! dapatlah aku claim kereta kat ayah !  mekasih ye abg ! syukran ya Allah ! :'D

Wednesday, July 4, 2012

Buka Buku Baru

assalamualaikum pembaca tegar :))
sempena hari mulia ni , aku pasangkan niat untuk menjadi hambaNya yang lebih solehah , walau aku tahu banyak halangan dan dugaan dunia yang bakal hadir dalam hidup ni . aku wanita akhir zaman mahukan kesempurnaan hidup sama seperti wanita2 lain , mudah terpengaruh dengan bisikan2 syaitan , ditambah pula dengan kemodenan masa kini . aku akui aku wanita akhir zaman yang lemah . dan hanya padaNya aku mohon diberi kekuatan untuk menjadi seorang wanita akhir zaman yang melabuhkan sujudku kepadaNya dan moga JANNAH itu jua menjadi tempat tinggalku di akhirat kelak . amin . tidak perlu sarungkan jubah ditubuh atau memakai niqab diwajah untuk menjadi wanita yang solehah tapi cukup dengan menutup aurat berlandaskan perintahNya .

entry kali ni aku sertakan dengan batasan2 aurat wanita :)

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

 Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

(sumber, http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html)

Saturday, March 31, 2012

Berkawan tapi tak ikhlas

zaman sekarang ni susah kite nak letakkan kepercayaan terhadap seseorang terutamanya orang yang kite anggap sebagai KAWAN . bagi aku , aku lebih suka berkawan tapi tak terlalu rapat sampai boleh aku ceritakan segala hal peribadi aku , dulu memang aku ada kawan yang aku anggap macam keluarga aku sendiri tapi dalam diam urm xperlu aku ceritakan , tak nak mengaibkan dia dan aku jugak byk makan hati dengan sikap dia . dia cakap , aku beruntung sebab dapat semua yang aku nak . setahu aku , semua manusia ada rezeki masing2 . tak perlu lah nak rendahkan ataupn banding2kan ape yg dh ALLAH beri . aku memang tak sangka yang persahabatn kitorg putus macam tu je tapi aku tak salahkan sape2 , mungkin aku ad kelemahan dn kekurangan aku sendiri . peristiwa yang berlaku tu buat aku sedar yang tak semua KAWAN ikhlas dengan kite . Aku pun dah tak nak rapat dengan sape2 , sebab manusia ni rambut je sama kaler , hati lain2 . Sekarang ni aku cuma ada family aku dan jugak dia . Dia secara rasminya menjadi kawan baik aku , kawan bergaduh , kekasih , tunang dan bakal imam aku . InsyaAllah .